Wednesday, 30 May 2012

PENGEDIL DAGING ISTIMEWA !

Harini ainaa nak share masakan yang paling simple . Senang jee cara nak buat Pegedil Daging nie . Bahan-bahannya pon sangat simple . 

Okay malas nak berleter panjang-panjang dah . Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pegedil nie . 

Bahan-bahannya :


Daging secukupnya

Kentang (2-3 biji )

Daun sup& Daun Bawang

Bawang merah (7-8 ulas )

CARA-CARANYA :

1. Potong kentang & daging dalam saiz yang kecil seperti gambar diatas .Ini bertujuan untuk ia senang & cepat empuk apabila digoreng nanti .

2. Hiris daun bawang & daun sup halus-halus . Untuk digaul bersama kentang & daging yang telah di-tumbuk atau dikisar halus .

3. Hiris bawang merah tersebut halus-halus untuk digoreng sperti gambar di bawah .


4. Selepas semuanya siap digoreng , kisarkan kentang & daging sehingga halus supaya memudahkan kita untuk mengaulkannya bersama bahan yang lain .

5. Tambahkan bahan perisa seperti lada hitam & lada sulah serta garam . Secukup rasa .



6. Jangan lupa masukkan juga bawang goreng dan daun sup & bawang yang telah dihirs halus sebentar tadi .

7. DONE !  Hanya tunggu digoreng & di-ngap sahaja ! (:




Rupa dia macam kuih raya pon ade kan . HEHE .Bole buat bentuk sesuka hati . Nak buat bentuk hati pon bole ikut kreativiti masing-masing .



Bole disimpan di dalam peti & mampu bertahan sampai 2-3 hari ^.^

SELAMAT MENCUBA SEMUA !



5 comments:

  1. cdapnya... masak la benda lain pulak. kakak balik makan je.hihi...

    ReplyDelete
  2. cik en mmg dengan pengedel...sedapnyer.... :)

    ReplyDelete
  3. tetibe je rse lapar....

    ReplyDelete
  4. senang & simple je kan kan ? cube jgn tak cube k ! (:

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://www.emocutez.com